Monday, 30 September 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

Sedikit perkongsian mengenai keluargaku..Menurut apa yang diceritakan padaku moyang lelaki belah ibuku berasal dari Tanah Besar Cina.kemudian datang ke Tanah Melayu sewaktru pemerintahan Jepun dan berkahwin dengan seorang gadis melayu iaitu moyang perempuanku. mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata 3 orang perempuan dan yang bongsu adalah lelaki iaitu datukku. Kata datukku dia tidak sempat melihat arwah bapanya kerana arwah meninggal dunia sebelum dia dilahirkan akibat sakit. Menedengar kisah hidup orang pada zaman dahulu menyentuh hatiku kerana moyang perempuan terpaksa membesarkan semua anaknya secara sendiri. Mereka sentiasa hidup dalam ketakutan kerana sering diburu oleh tentera Jepun. Kemudian datukku berkahwin dengan nenekku dan dikurniakan sepasang cahaya mata. Ibuku adalah anak bongsu mereka. ibuku telah berkahwin dengan ayah pada usia 20 tahun. Sewaktu itu ayah pula berusia 26 tahun. Mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Untuk pengetahuan pembaca ibuku bernama Nazirah. Seorang wanita yang sangat tabah membesarkan anak-anak dan wanita yang sangat lembut dan penyayang hatinya. Ayahku pula bernama Rahmat. seorang lelaki yang sangat tegas namun disebalik ketegasan terselit sifat penyayang kepada anak-anaknya. kami mempunyai 4 orang adik beradik. Kakak sulungku seorang yang ramah, berdikari dan penyayang. Sudahpun berkahwin dan bekerja sebagai guru di MRSM Langkawi begitu juga suaminya turut bekerja di sekolah yang sama. Anak yang kedua ialah aku. Apa yang boleh aku ringkaskan mengenai diri aku iaitu tegas namun penyayang. Kemudian aku mempunyai 2 orang adik lelaki yang sentiasa menguji kesabaranku. Seorang bernama Amirul berusia 19 tahun dan masih belajar di Politeknik. seorang budak lelaki yang masih mencari tujuan hidup, suka mencuba sesuatu yang baru, agak manja dengan ibuku tetapi paling tidak rapat denganku kerana bagiku dia seorang yang susah untuk dibawa berbincang. Adik bongsuku berusia 12 tahun. Adam namanya namun kami sekeluarga memanggilnya Aco. Seorang budak lelaki yang masih tidak tahu apa-apa tentang erti kehidupan, cuma menikmati zaman kanak-kanaknya dengan seronoknya. Seorang budak lelaki yang degil namun hatinya lembut. Insya-Allah Syawal 2020 kami bakal menerima satu lagi ahli keluarga yang baharu. Pastinya si kecil yang bakal menceriakan hidup datuk dan neneknya nanti. Sebelum aku lupa, post ini menceritakan tentang keluarga bukan? aku sudah menganggap kucing-kucingku sebagai keluarga juga. Kami sangat menyayangi haiwan perliharaan kami. Diberi nama Bobo, Kakak dan yang paling nakal Nopal. Pastinya kucing-kucing ini sentiasa menghiburkan hati kami dirumah.



No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019- KETIKA DAN KALIMAT

Alhamdulillah syukur terima kasih Allah atas nikmat dan peluang yang kau berikan pada aku saat ini. Berbaki lagi seminggu sahaja lagi untu...