Sunday, 15 December 2019

BBM3410Satu2019- KETIKA DAN KALIMAT


Alhamdulillah syukur terima kasih Allah atas nikmat dan peluang yang kau berikan pada aku saat ini. Berbaki lagi seminggu sahaja lagi untuk aku merasa saat-saat terakhir sebagai pelajar. Bila difikirkan semula macam tak percaya aku dah pergi sejauh ini dan aku percaya Allah dah susun setiap cerita dalam hidup aku sebaik baiknya. Bermulanya semester ini aku diwajibkan mengambil kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa yang ditakut-takutkan selama ni. Takut kerana yang mengajarnya Prof. dan takut sebab kerjanya sentiasa banyak setiap minggu..Tapi..sebaliknya. Sekarang aku akui yang kata-kata Prof selama 13 minggu ni adalah betul iaitu kena Redha buat kerja dan akhirnya nanti akan rasa nikmatnya. Ye, betul tu Prof.



Pada awal kelas dulu kami telah membentuk satu kumpulan yang ahlinya seramai 11 orang. Kemudian kami berikan nama kumpulan ini Belalang Production. Kenapa Belalang? Sebab belalang tu sifatnya melompat-lompat dan aku andaikan yang melompat-lompat itu adalah idea yang sentiasa cergas melompat fikirkan apa yang menarik untuk setiap tugas yang bakal kami lakukan. Bermulanya dari video pertama sehingga video ke lima belas Alhamdulillah semuanya selesai dengan jayanya. Boleh aku katakan semua video kumpulan kami boleh tahan menariknya.



Terlalu banyak perkara yang tak boleh dilupakan sepanjang semester ni. Semester inilah aku banyak kenal ragam manusia yang boleh aku katakan wow begitu..banyak kenangan pahit manis sepanjang menjalankan tugas-tugas yang diberikan oleh Prof. kami berpanas berhujan semata-mata nak hasilkan tugas yang terbaik. Antara kenangan manis yang akan dikenang ialah pengalaman menghasilkan video yang pelbagai. Dapat ilmu dan pengalaman baru tu sangat seronok sebab sebelum ni tiada peluang dan ruang untuk ke bidang multimedia ni. Yela orang kata belajar bahasa mana ada kena mengena dengan multimedia..siapa yang kata? Boleh je sebenarnya. Dulu yang tak pernah-pernah menari, berlakon kini terpaksa berlakon dan menari..boleh aku katakan wow juga begitu..hehe




Terlalu banyak nak diluahkan dan dikongsikan tapi rasanya cukuplah sekadar ianya disimpan di dalam ingatan. Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim diatas ilmu yang dicurahkan..terima kasih beri kami peluang ini. Untuk En Akmal Rosli, saya ucapkan terima kasih kerana banyak membantu kami sepanjang kelas amali dijalankan..Fries En Akmal akan menjadi sebahagian kenangan semester terakhir saya. Khas untuk rakan Belalangku..terima kasih atas segala kerjasama kalian. Untuk Iqbal dan Afifah, terima kasih kerana selalu menjadi abang dan kakak Grabcar kami sepanjang menjalankan tugas diluar kawasan. Untuk Hakimah Saidi, terima kasih kerana selalu berkorban bersengkang mata untuk Belalang Production..Untuk Qiu Amira, terima kasih kerana menjadi ketua yang sentiasa mengawal keadaan..dan untuk rakan belalang yang lain juga aku ucapkan terima kasih. Semoga Belalang Production akan kekal dalam ingatan kita semua.





posting di Facebook


Jangan segan silu..jemputlah baca ketika dan kalimat dari saya di Facebook Atik Rahmat😘




No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019- KETIKA DAN KALIMAT

Alhamdulillah syukur terima kasih Allah atas nikmat dan peluang yang kau berikan pada aku saat ini. Berbaki lagi seminggu sahaja lagi untu...