Monday 2 December 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial



Buku Eh !!! Media sosial ini mengandungi 8 bab secara keseluruhannya. Bab pertama ialah Media Sosial: Gambaran Keseluruhan. Sosial media ialah terdiri dari aplikasi internet yang digunakan untuk komunikasi. Seterusnya dalam bab ini juga telah menyenaraikan jenis-jenis media sosial, kenapa mengunakan media sosial dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa serta terdapat juga etika dalam media sosial. Seterusnya bab 2 pula ialah Twitter Dan Trend Terkini. Dalam bab ini terdapat beberapa kajian yang dijalankan untuk mengenal pasti penggunaan twitter dalam kalangan pengguna dalam taliah. Hasil daripada kajian tersebut didapati bahawa twitter lebih mudah untuk diakses, lebih cepat dan effisien,menyediakan  maklumat terkini. Bab tiga pula ialah Facebook Masih Digunakan. Dalam bab ini membincangkan tentang kajian yang dijalankan untuk melihat penggunaan sosial media berfokuskan facebook dalam kelas ESL dan kesan pengajaran dan pembelajaran di beberapa buah sekolah menengah di terenggan. Hasil dapatan menunjukkan facebook merupakan medium yang berkesan untuk berinteraksi membincangkan tugasan.

Bab 4 pula bertajuk Instagram Menyeronokkan. Dalam bab ini kajian telah membincangkan persepsi pengguna isntagram terhadapa penggunaan instagram story. Hasil dapatan kajian menunjukkan instagram story membantu mereka belajar buat video. Bab lima pula bertajuk E-Mel Masih Popular Pada Masa Kini. Kajian dalam bab ini membincangkan kebimbangan yang dikemukakan untuk menyiasat kajian ini merangkumi tiga bidang utama iaitu penglibatan, interaksi dan kemahiran komunikasi. Hasil dapatan menunjukkan interaksi pelajar terutamanya fokus kepada aktiviti yang berkaitan tugas. Bab enam pula ialah Blog Di Dalam Kelas. Dalam bab ini kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti penulisan blog dalam perspektif pelajar korea. Hasilnya penulisan blog membantu pelajar korea untuk belajar tatabahasa, bahasa dan pembelajaran teknologi. Bab tujuh pula ialah Isu Dalam Rangakaian Sosial Dalam Kalangan Pengguna. Kajian telah dijalankan iaitu mengenal pasti isu yang berbangkit dalam menggunakan rangkaian sosial. Hasilnya ialah pengguna menyatakan terdapat isu dalam penggunaan bahasa dan struktur  dalam rangkaian sosial. Akhir sekali bab 8, Implikasi Rangakaian Sosial. Dalam bab ini akan membincangkan peranan guru dan rangka kerja, peranan pelajar, suasana pembelajaran, penilaian dan kaedah penerimaan. Implikasi buku ini ialah memberi pendedahan kepada pengguna untuk menggunakan sosial media.

Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT

Harga Buku:
RM 60.00



posting di Instagram 


posting di Facebook


posting di Twitter



No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019- KETIKA DAN KALIMAT

Alhamdulillah syukur terima kasih Allah atas nikmat dan peluang yang kau berikan pada aku saat ini. Berbaki lagi seminggu sahaja lagi untu...