Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:
Teori dan Aplikasi
Secara keseluruhan buku ini mengandungi 7 bab. Tajuk pertama
ialah Kajian Wacana. Wacana merupakan bahasa daripada individu atau kumpulan
dalam bentuk ujaran, interaksi, teks dan tulisan. Wacana haruslah diteliti
supaya pembaca lebih memahami apa yang ingin sampaikan. Seterusnya pada bab 2
pula bertajuk Teori Dan Pendekatan Wacana. Terdapat beberapa teori dan
pendekatan wacana yang diperkenalkan oleh pakar-pakar wacana antaranya ialah Teori
Analisis Wacana Brown & Yule (1983), Teori Analisis Wacana STUBBS (1983), Teori
Analisis Wacana Kritis (Vandijk, 1977), Pendekatan Analisis Wacana Normaliza
Abd Rahim (2018b) dan Teori Analisis Wacana (Normaliza Abd Rahim, 2018d). Selain
itu, tajuk dalam bab 3 pula ialah Analisis Wacana Tekstual Dan Ujaran. Dalam bab
ini kajian analisis wacana meliputi tiga kajian iaitu kajian wacana tekstual
lirik lagu, tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kanak-kanak autism. Tajuk bab
4 pula ialah Strategi Komunikasi. Strategi komunikasi digunakan sebagai
percubaan sistemik oleh pelajar untuk memcahkan kod dalam bahasa sasaran dalam
situasi ketika peraturan sistemik bahasa sasaran belum digunakan.
Seterusnya, pada bab 5 pula bertajuk Taksonomi Dan
Pendekatan Strategi Komunikasi. Terdapat lima elemen dalam strategi komunikasi
iaitu pengelakan, parafrasa, pemindahan secara sedar, meminta petolongan dan
mimikan. Dalam bab 6 pula, bertajuk Analisis Strategi Komunikasi Dalam Kalangan
Kanak-Kanak. Dalam bab ini satu kajian telah dijalankan dengan menggunakan 16 Strategi
Komunikasi iaitu, singkatan, perkataan baharu tiada makna, penafiaan,
persoalan, pengulangan, perujukan, pembetulan kendiri, topik berlainan,
celahan, penangguhan, terjemahan literal, pertukaran bahasa, imaginasi,
kesopanan, parafrasa dan meminta pertolongan. Akhir sekali ialah bab 7 iaitu
cadangan kajian akan datang. Terdapat 3 jenis kajian cadangan yang iaitu bahasa
isyarat, bahan bercetak, bahan elektronik dan media sosial. Terdapat implikasi
yang diperoleh dari buku ini iaitu memperkenalkan kepada pembaca mengenai teori
analisis wacana yang boleh digunakan dalam kajian serta pemilihan teori yang
bersesuaian supaya kajian yang dihasilkan dapat memberi manfaat kepada pembaca.
HARGA BUKU: RM 20.00
RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana Dan Strategi
Komunikasi Teori Dan Aplikasi,
Terengganu: Penerbit
UMT
posting di Instagram
posting di Facebook
No comments:
Post a Comment