Menurut
Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim
(2019) terdapat 10 cara menulis blog dengan baik. Antaranya ialah tajuk yang
menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Pentingnya pemilihan tajuk yang
menarik ini adalah kerana pengguna media sosial lebih tertarik untuk membaca
sesuatu penulisan itu jika tajuk yang dipilih itu bombastik. Pengarang haruslah
mencipta tajuk menggunakan ayat yang lebih pendek dan ringkas. Tajuk yang
dicipta juga boleh mempunyai unsur humor. Nampak seperti tajuk yang klise tapi
agak menarik untuk dibaca.
Kedua,
cerita yang menarik yang dapat menarik hati pembaca. Bukan sahaja tajuk
memainkan peranan penting, malahan cerita bagi sesebuah penulisan itu juga
haruslah menarik. Cara untuk mendapatkan cerita yang menarik untuk diletakkan
ke dalam blog ialah penulis haruslah mengikuti trend semasa. Hal ini kerana,
pembaca akan kerap mencari maklumat mengenai sesuatu isu yang hangat. Contohnya
cerita yang menarik abad ini ialah mengenai fesyen, tips menjaga kecantikkan,
tips untuk kurus, cara-cara mengedit video dan banyak lagi. Namun, cerita yang
ingin ditulis haruslah berbeza dari penulisan orang lain supaya ia lebih
menarik dan seronok untuk dibaca.
Ketiga,
memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih
menarik. Harus kita ketahui, penulisan blog adalah jenis penulisan kreatif. Oleh
itu, bahasa yang digunakan haruslah bersifat santai. Pentingnya ayat humor di
dalam penulisan blog ini ialah agar pembaca tidak merasa ini adalah penulisan
akademik. Ayat yang humor diletakkan supaya penulisan lebih santai dan dapat
menghiburkan pembaca. Penulisan mengambarkan penulis. Jika penulisan itu
bersifat serius sudah pasti penulisnya juga bersifat serius. Sudah tentu
pembaca tidak gemar membaca sesuatu yang bersifat serius.
Keempat,
memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Setiap penulisan
yang dilakukan haruslah mempunyai hujah. Pentingnya hujah ini adalah untuk
menguatkan lagi isi cerita yang ditulis. Dengan adanya hujah yang bernas sudah
tentu pembaca lebih tertarik dan yakin dengan apa yang penulis cuba sampaikan. Jika
sesuatu penulisan itu tiada hujah ia kelihatan seperti kosong dan tidak
menarik. Bagi menguatkan hujah sesuatu penulisan, penulis boleh mengambil
petikan dari mana-mana tokoh dan meletakkan sumber dimana petikan itu diambil.
Kelima,
kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Pembaca lebih gemar dengan
apa-apa sahaja yang berkaitan berita terkini. Sebagai contoh isi yang terhangat
ketika ini ialah jerebu yang melanda Negara kita. Jika penulis membincangkan
cara untuk menjaga kesihatan diri, penulis boleh juga kaitkan dengan isu
jerebu. Masukkan info-info terkini seperti bacaan indeks pencemaran udara
terkini, kepentingan memakai mask apabila keluar rumah, jenis pemilihan mask
yang sesuai untuk menghadapi musim jerebu. Dengan mengaitkan dengan berita
terkini sedikit sebanyak pembaca memperoleh ilmu tambahan serta penulisan yang
dihasilkan itu dapat memberi kebaikan kepada pembaca.
Keenam,
gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Penulisan blog adalah
bersifat kreatif oleh itu penulis tidak rigid untuk menulis. Blog akan dibaca
menggunakan computer mahupun talifon pintar. Oleh itu ayat yang digunakan tidak
perlulah panjang kerana ia menyukarkan pembaca dan pembaca akan merasa mereka
seperti membaca buku. Oleh itu, gunakan perkataan dan struktur yang ringkas
seperti ayat atau istilah yang klise tetapi pembaca masih memahaminya. Penulisan
yang struktur ayat ringkas akan menarik lebih banyak pembaca dan pembaca tidak
akan merasa bosan.
Ketujuh,
dapat dibaca dan difahami. Walaupun struktur ayat ringkas tetapi penting bagi
memastikan apa yang ditulis itu difahami oleh pembaca. Hal ini kerana jika
pembaca tidak faham apa yang ditulis sia-sia sahaja penulisan tersebut. Oleh itu,
gunakan bahasa yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. Jika gunakan
sesuatu istilah baharu atau shortform pastikan letakkan sekali maksud
istilah tersebut. Penting untuk memastikan penulisan difahami pemmbaca agar
mesej yang ingin disampaikan itu berjaya.
Kelapan,
dapat berkomunikasi dengan pembaca. Penulis boleh meletakkan ruang komen di
bahagian paling bawah penulisan. Hal ini kerana dapat memberi peluang untuk
penulis dan pembaca untuk berkomunikasi. Tujuan komunikasi ini kerana jika
pembaca ingin memberi pandangan atau pendapat baharu mengenai penulisan
tersebut mereka boleh meninggalkan komen di ruang yang disediakan. Selain itu,
penulis boleh meninggalkan alamat email di dalam blog supaya jika ada apa-apa
pertanyaan atau kemusykilan pembaca boleh bertanya terus melalui email
tersebut.
Seterusnya
ialah masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda. Walau apa pun
cerita yang ditulis pada akhir penulisan tersebut adalah lebih baik memasukkan
moral dan nilai estetika dalam penulisan tersebut. Tujuannya adalah untuk
memberi tauladan ataupun galakkan kepada pembaca dan menyuruh pembaca ubtuk
berfikir sendiri tentang kebaikan atau apa sahaja yang diperolehi selepas
membaca penulisan tersebut. Dengan memasukan nilai moral dan estetika pasti
seuatu penulisan itu kelihatan lebih baik kerana menyebarkan kebaikan keoada
orang lain melalui penulisan.
Akhir
sekali ialah berilmu untuk penulisan pendidikan. Apa-apa sahaja cerita yang
ditulis di dalam blog adalah dianggap ilmu baharu. Tidak kiralah penulisan
tersebut mengenaikan masakan, fesyen atau gadjet sekalipun, tulislah dengan
baik dan penulis haruslah membuat banyak rujukan sebelum menulis sesuatu supaya
apa yang ditulis itu benar dan sahih. Hal ini kerana perkara yang dikongsi di
blog mungkin akan diaplikasikan oleh pembaca di luar atau akan dijadikan
rujukan oleh orang lain. Oleh itu, penulisan itu haruslah perkara yang bermanfaat
dan berfaedah yang mampu memberi ilmu dan kebaikan kepada pembaca diluar sana
dan mungkin melalui penulisan di blog sahaja mampu menjadi rujukan bagi
penulisan akademik orang lain.
Posting di Instagram
sebagai ganti kelas batal pada hari tersebut, Prof. telah meminta kami menulis Etika Penulisan Blog dan meletakkannya di blog serta post di Instagram sebagai bukti.
No comments:
Post a Comment