Monday 16 September 2019

BBM3410Satu2019: DIRI

ASSALAMUALAIKUM..Nama aku Nor Atikah binti Rahmat dan setakat hari ini umur aku 23 tahun 6 bulan. Sejak dilahirkan lagi aku tinggal di Teluk Intan Perak. Alhamdulillah kedua ibu bapa aku masih ada sehingga sekarang. Aku ada empat orang adik beradik. Dua perempuan dan dua lelaki. Aku anak yang kedua, jadinya gelaran aku di rumah ialah Angah. Aku tiada hobi yang tetap, biasanya berubah mengikut zaman. Setakat hari ini hobi aku ialah menonton televisyen. Paling aku suka tonton ialah rancangan aneka ragam seperti 'Running Man' kerana menonton rancangan yang lawak seperti itu dapat membantu mengurangkan stress bila aku dah penat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. 

Terlupa pula aku nak beritahu yang aku sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia dan mengambil jurusan BAC Bahasa dan Linguistik. Ini merupakan semester terakhir di UPM. Pada semester terakhir ini jugalah pertama kali aku belajar cara menggunakan blog di dalam kelas Multimedia dalam Bahasa Melayu. Sesuatu yang menarik untuk dipelajari. Seterusnya, aku adalah pencinta kucing. Aku ada tiga ekor kucing kesayangan iaitu Bobo, Kakak dan Nopal. Biasanya jika aku ada di rumah sewaktu cuti rutin harian aku ialah membersihkan sangkar, memberi makan kepada kucing-kucing aku. Selesai sudah cerita mengenai kucing aku, aku nak cerita sikit tentang makanan kegemaran aku. Aku sangat-sangat suka seafood seperti udang, ketam, sotong dan banyak lagi. Oh ya, aku rasa memasak juga adalah hobi aku. Aku lebih memilih untuk belajar memasak makanan moden dan western. Antara masakan yang aku suka masak ialah meatball, spaghetti dan banyak lagi.


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019- KETIKA DAN KALIMAT

Alhamdulillah syukur terima kasih Allah atas nikmat dan peluang yang kau berikan pada aku saat ini. Berbaki lagi seminggu sahaja lagi untu...