Monday, 30 September 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

Sedikit perkongsian mengenai keluargaku..Menurut apa yang diceritakan padaku moyang lelaki belah ibuku berasal dari Tanah Besar Cina.kemudian datang ke Tanah Melayu sewaktru pemerintahan Jepun dan berkahwin dengan seorang gadis melayu iaitu moyang perempuanku. mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata 3 orang perempuan dan yang bongsu adalah lelaki iaitu datukku. Kata datukku dia tidak sempat melihat arwah bapanya kerana arwah meninggal dunia sebelum dia dilahirkan akibat sakit. Menedengar kisah hidup orang pada zaman dahulu menyentuh hatiku kerana moyang perempuan terpaksa membesarkan semua anaknya secara sendiri. Mereka sentiasa hidup dalam ketakutan kerana sering diburu oleh tentera Jepun. Kemudian datukku berkahwin dengan nenekku dan dikurniakan sepasang cahaya mata. Ibuku adalah anak bongsu mereka. ibuku telah berkahwin dengan ayah pada usia 20 tahun. Sewaktu itu ayah pula berusia 26 tahun. Mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Untuk pengetahuan pembaca ibuku bernama Nazirah. Seorang wanita yang sangat tabah membesarkan anak-anak dan wanita yang sangat lembut dan penyayang hatinya. Ayahku pula bernama Rahmat. seorang lelaki yang sangat tegas namun disebalik ketegasan terselit sifat penyayang kepada anak-anaknya. kami mempunyai 4 orang adik beradik. Kakak sulungku seorang yang ramah, berdikari dan penyayang. Sudahpun berkahwin dan bekerja sebagai guru di MRSM Langkawi begitu juga suaminya turut bekerja di sekolah yang sama. Anak yang kedua ialah aku. Apa yang boleh aku ringkaskan mengenai diri aku iaitu tegas namun penyayang. Kemudian aku mempunyai 2 orang adik lelaki yang sentiasa menguji kesabaranku. Seorang bernama Amirul berusia 19 tahun dan masih belajar di Politeknik. seorang budak lelaki yang masih mencari tujuan hidup, suka mencuba sesuatu yang baru, agak manja dengan ibuku tetapi paling tidak rapat denganku kerana bagiku dia seorang yang susah untuk dibawa berbincang. Adik bongsuku berusia 12 tahun. Adam namanya namun kami sekeluarga memanggilnya Aco. Seorang budak lelaki yang masih tidak tahu apa-apa tentang erti kehidupan, cuma menikmati zaman kanak-kanaknya dengan seronoknya. Seorang budak lelaki yang degil namun hatinya lembut. Insya-Allah Syawal 2020 kami bakal menerima satu lagi ahli keluarga yang baharu. Pastinya si kecil yang bakal menceriakan hidup datuk dan neneknya nanti. Sebelum aku lupa, post ini menceritakan tentang keluarga bukan? aku sudah menganggap kucing-kucingku sebagai keluarga juga. Kami sangat menyayangi haiwan perliharaan kami. Diberi nama Bobo, Kakak dan yang paling nakal Nopal. Pastinya kucing-kucing ini sentiasa menghiburkan hati kami dirumah.



BBM3410Satu2019: Tip Belajar Dengan Mudah

Taraaa..sedikit perkongsian tip mudah belajar dari saya. Semoga apa yang dikongsikan ini mampu memberi manfaat kepada kita semua.



Monday, 23 September 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di sini







Cerita yang tidak dapat saya lupakan ialah semasa saya bercuti bersama rakan-rakan. saya dan rakan-rakan telah pergi bercuti di Pulau Pinang selam 3hari 2 malam. ini merupakan pengalaman yang menyeronokkan bagi saya kerana kami dapat menghabiskan masa bersama-sama. kami telah pergi kebeberapa tempat yang menarik disana seperti menaiki kereta kabel di Bukit Bendera, melawati muzium makanan, berjalan-jalan di Penang Art Street, Penang Avatar dan banyak lagi.

Antara aktiviti yang menarik di Bukit Bendera ialah kami harus menaiki kereta kabel untuk sampai di atas bukit. Disana terdapat banyak tempat menarik untuk bergambar dan Udara di atas bukit sangat sejuk dan segar. terdapat juga banyak gerai yang menjual makanan di atas sana. antara makanan yang terkenal disana iala bingsu. semuanya Nampak menyelerakan. seterusnya, muzium makanan juga sangat menarik kerana terdapat banyak replika makanan yang dibuat seperti makanan sebenar. sesiapa sahaja yang masuk pasti akan merasa lapar..hehehe..Penang Street Art merupakan lokasi wajib untuk singgah jika sesiapa sahaja yang berkunjung ke pulau pinang. disana terdapat banyak dinding mural yang cantik untuk bergambar.

perkara yang menarik yang saya tidak boleh lupakan juga ialah makanan yang sedap. Antara makanan yang terkenal di pulau pinang mestilah Pasembor, Mee Udang, Laksa Penang dan banyak lagi. Apa yang lebih berharga ialah masa yang berkualiti bersama rakan-rakan. Saya sedari apabila kami semakin dewasa kami semakin sukar untuk meluangkan masa Bersama kerana semuanya mempunyai komitmen masing. Betapa saya rindukan rakan karib saya Kiah, Shima, Ainnin dan Syafawati. Kalian sentiasa dalam ingatanku..

Sunday, 22 September 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk


Penulis: Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim
Sumber: Buku Kajian Wacana Dan Strategi Komunikasi Teori Dan Aplikasi.

SINOPSIS CERITA SOSIAL 1: NENEK DAN DATUK

Cerita ini mengisahkan seorang budak lelaki bernama Alim. Pada suatu hari Alim dan keluarganya pulang ke kampong. Alim berasa sedih kerana tidak nampak ayam dan itiknya lalu Alim menagis kerana dia fikir ayam dan itiknya sudah mati. Nenek dan datuknya memujuknya dan menunjukkan ayam dan itiknya direban yang baharu barulah Alim tersenyum. Alim menagis kerana rumah datuk dan neneknya sudah bebeza lalu nenek memujuk Alim dengan menerangkan apa yang terjadi. Kelakuan Alim yang ganjil hari ini membuatkan keluarganya berasa sedih.

Jenis multimedia yang boleh digunakan bagi tujuan penyebaran cerita sosial dan cara penyebarannya.

        i.          YOUTUBE
Cerita sosial tersebut boleh dilakonkan semula supaya pembaca akan lebih memahami dengan jelas jalan cerita tersebut kerana dalam bentuk lakonan.

      ii.         FACEBOOK
Seterusnya, cerita sosial tersebut boleh diletakkan di facebook kerana laman di facebook boleh berkongsi cerita dalam bentuk tulisan.

    iii.          BLOG
Selain itu, cerita sosial tersebut juga boleh dikongsikan di dalam blog. Hal ini kerana blog adalah ruang untuk berkongsi apa-apa jenis cerita.


BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog. Tugas individu.


Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) terdapat 10 cara menulis blog dengan baik. Antaranya ialah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Pentingnya pemilihan tajuk yang menarik ini adalah kerana pengguna media sosial lebih tertarik untuk membaca sesuatu penulisan itu jika tajuk yang dipilih itu bombastik. Pengarang haruslah mencipta tajuk menggunakan ayat yang lebih pendek dan ringkas. Tajuk yang dicipta juga boleh mempunyai unsur humor. Nampak seperti tajuk yang klise tapi agak menarik untuk dibaca.

Kedua, cerita yang menarik yang dapat menarik hati pembaca. Bukan sahaja tajuk memainkan peranan penting, malahan cerita bagi sesebuah penulisan itu juga haruslah menarik. Cara untuk mendapatkan cerita yang menarik untuk diletakkan ke dalam blog ialah penulis haruslah mengikuti trend semasa. Hal ini kerana, pembaca akan kerap mencari maklumat mengenai sesuatu isu yang hangat. Contohnya cerita yang menarik abad ini ialah mengenai fesyen, tips menjaga kecantikkan, tips untuk kurus, cara-cara mengedit video dan banyak lagi. Namun, cerita yang ingin ditulis haruslah berbeza dari penulisan orang lain supaya ia lebih menarik dan seronok untuk dibaca.

Ketiga, memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Harus kita ketahui, penulisan blog adalah jenis penulisan kreatif. Oleh itu, bahasa yang digunakan haruslah bersifat santai. Pentingnya ayat humor di dalam penulisan blog ini ialah agar pembaca tidak merasa ini adalah penulisan akademik. Ayat yang humor diletakkan supaya penulisan lebih santai dan dapat menghiburkan pembaca. Penulisan mengambarkan penulis. Jika penulisan itu bersifat serius sudah pasti penulisnya juga bersifat serius. Sudah tentu pembaca tidak gemar membaca sesuatu yang bersifat serius.

Keempat, memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Setiap penulisan yang dilakukan haruslah mempunyai hujah. Pentingnya hujah ini adalah untuk menguatkan lagi isi cerita yang ditulis. Dengan adanya hujah yang bernas sudah tentu pembaca lebih tertarik dan yakin dengan apa yang penulis cuba sampaikan. Jika sesuatu penulisan itu tiada hujah ia kelihatan seperti kosong dan tidak menarik. Bagi menguatkan hujah sesuatu penulisan, penulis boleh mengambil petikan dari mana-mana tokoh dan meletakkan sumber dimana petikan itu diambil.

Kelima, kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Pembaca lebih gemar dengan apa-apa sahaja yang berkaitan berita terkini. Sebagai contoh isi yang terhangat ketika ini ialah jerebu yang melanda Negara kita. Jika penulis membincangkan cara untuk menjaga kesihatan diri, penulis boleh juga kaitkan dengan isu jerebu. Masukkan info-info terkini seperti bacaan indeks pencemaran udara terkini, kepentingan memakai mask apabila keluar rumah, jenis pemilihan mask yang sesuai untuk menghadapi musim jerebu. Dengan mengaitkan dengan berita terkini sedikit sebanyak pembaca memperoleh ilmu tambahan serta penulisan yang dihasilkan itu dapat memberi kebaikan kepada pembaca.

Keenam, gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Penulisan blog adalah bersifat kreatif oleh itu penulis tidak rigid untuk menulis. Blog akan dibaca menggunakan computer mahupun talifon pintar. Oleh itu ayat yang digunakan tidak perlulah panjang kerana ia menyukarkan pembaca dan pembaca akan merasa mereka seperti membaca buku. Oleh itu, gunakan perkataan dan struktur yang ringkas seperti ayat atau istilah yang klise tetapi pembaca masih memahaminya. Penulisan yang struktur ayat ringkas akan menarik lebih banyak pembaca dan pembaca tidak akan merasa bosan.

Ketujuh, dapat dibaca dan difahami. Walaupun struktur ayat ringkas tetapi penting bagi memastikan apa yang ditulis itu difahami oleh pembaca. Hal ini kerana jika pembaca tidak faham apa yang ditulis sia-sia sahaja penulisan tersebut. Oleh itu, gunakan bahasa yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. Jika gunakan sesuatu istilah baharu atau shortform pastikan letakkan sekali maksud istilah tersebut. Penting untuk memastikan penulisan difahami pemmbaca agar mesej yang ingin disampaikan itu berjaya.

Kelapan, dapat berkomunikasi dengan pembaca. Penulis boleh meletakkan ruang komen di bahagian paling bawah penulisan. Hal ini kerana dapat memberi peluang untuk penulis dan pembaca untuk berkomunikasi. Tujuan komunikasi ini kerana jika pembaca ingin memberi pandangan atau pendapat baharu mengenai penulisan tersebut mereka boleh meninggalkan komen di ruang yang disediakan. Selain itu, penulis boleh meninggalkan alamat email di dalam blog supaya jika ada apa-apa pertanyaan atau kemusykilan pembaca boleh bertanya terus melalui email tersebut.

Seterusnya ialah masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda. Walau apa pun cerita yang ditulis pada akhir penulisan tersebut adalah lebih baik memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan tersebut. Tujuannya adalah untuk memberi tauladan ataupun galakkan kepada pembaca dan menyuruh pembaca ubtuk berfikir sendiri tentang kebaikan atau apa sahaja yang diperolehi selepas membaca penulisan tersebut. Dengan memasukan nilai moral dan estetika pasti seuatu penulisan itu kelihatan lebih baik kerana menyebarkan kebaikan keoada orang lain melalui penulisan.

Akhir sekali ialah berilmu untuk penulisan pendidikan. Apa-apa sahaja cerita yang ditulis di dalam blog adalah dianggap ilmu baharu. Tidak kiralah penulisan tersebut mengenaikan masakan, fesyen atau gadjet sekalipun, tulislah dengan baik dan penulis haruslah membuat banyak rujukan sebelum menulis sesuatu supaya apa yang ditulis itu benar dan sahih. Hal ini kerana perkara yang dikongsi di blog mungkin akan diaplikasikan oleh pembaca di luar atau akan dijadikan rujukan oleh orang lain. Oleh itu, penulisan itu haruslah perkara yang bermanfaat dan berfaedah yang mampu memberi ilmu dan kebaikan kepada pembaca diluar sana dan mungkin melalui penulisan di blog sahaja mampu menjadi rujukan bagi penulisan akademik orang lain.


Posting di Instagram

sebagai ganti kelas batal pada hari tersebut, Prof. telah meminta kami menulis Etika Penulisan Blog dan meletakkannya di blog serta post di Instagram sebagai bukti.

 

Monday, 16 September 2019

BBM3410Satu2019: SAYA FAHAM

LAGU & LIRIK: PROFESOR DR. NORMALIZA ABD RAHIM
HAK CIPTA: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA







Saya kata '"Apa Khabar"
Dia jawab "Khabar Baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima Kasih
Sama-sama
Untuk kita
Untuk mereka

BBM3410Satu2019: DIRI

ASSALAMUALAIKUM..Nama aku Nor Atikah binti Rahmat dan setakat hari ini umur aku 23 tahun 6 bulan. Sejak dilahirkan lagi aku tinggal di Teluk Intan Perak. Alhamdulillah kedua ibu bapa aku masih ada sehingga sekarang. Aku ada empat orang adik beradik. Dua perempuan dan dua lelaki. Aku anak yang kedua, jadinya gelaran aku di rumah ialah Angah. Aku tiada hobi yang tetap, biasanya berubah mengikut zaman. Setakat hari ini hobi aku ialah menonton televisyen. Paling aku suka tonton ialah rancangan aneka ragam seperti 'Running Man' kerana menonton rancangan yang lawak seperti itu dapat membantu mengurangkan stress bila aku dah penat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. 

Terlupa pula aku nak beritahu yang aku sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia dan mengambil jurusan BAC Bahasa dan Linguistik. Ini merupakan semester terakhir di UPM. Pada semester terakhir ini jugalah pertama kali aku belajar cara menggunakan blog di dalam kelas Multimedia dalam Bahasa Melayu. Sesuatu yang menarik untuk dipelajari. Seterusnya, aku adalah pencinta kucing. Aku ada tiga ekor kucing kesayangan iaitu Bobo, Kakak dan Nopal. Biasanya jika aku ada di rumah sewaktu cuti rutin harian aku ialah membersihkan sangkar, memberi makan kepada kucing-kucing aku. Selesai sudah cerita mengenai kucing aku, aku nak cerita sikit tentang makanan kegemaran aku. Aku sangat-sangat suka seafood seperti udang, ketam, sotong dan banyak lagi. Oh ya, aku rasa memasak juga adalah hobi aku. Aku lebih memilih untuk belajar memasak makanan moden dan western. Antara masakan yang aku suka masak ialah meatball, spaghetti dan banyak lagi.


BBM3410Satu2019- KETIKA DAN KALIMAT

Alhamdulillah syukur terima kasih Allah atas nikmat dan peluang yang kau berikan pada aku saat ini. Berbaki lagi seminggu sahaja lagi untu...