Monday, 7 October 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa



Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak. Terdapat banyak fungsi blog iaitu sebagai kegunaan peribadi, jurnal, mempromosikan perniagaan dan mengiklankan produk. Selain itu, blog juga dikategorikan laman web yang mesra pengguna kerana boleh dikemas kini oleh pemiliknya pada bila-bila masa sahaja. Blog juga membolehkan komunikasi dijalankan iaitu dengan cara pengguna berinteraksi dengan pemilik blog dan pemilik blog juga boleh berinteraksi dengan pengguna. Selain itu, pelajar universiti boleh menggunakan blog bagi tujuan penulisan. Pelajar boleh mengembangkan bakat mereka dalam bentuk penulisan akademik mahupun penulisan kreatif.

Seterusnya, Normaliza Abd Rahim (2014), ada menyenaraikan 10 cara penulisan blog dengan baik. Antaranya ialah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Kedua, cerita yang menarik yang dapat menarik hati pembaca. Bukan sahaja tajuk memainkan peranan penting, malahan cerita bagi sesebuah penulisan itu juga haruslah menarik. Ketiga, memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Ayat yang humor diletakkan supaya penulisan lebih santai dan dapat menghiburkan pembaca. Keempat, memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Pentingnya hujah ini adalah untuk menguatkan lagi isi cerita yang ditulis. Kelima, kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Pembaca lebih gemar dengan apa-apa sahaja yang berkaitan berita terkini. Keenam, gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Blog akan dibaca menggunakan komputer mahupun telefon pintar. Oleh itu, gunakan perkataan dan struktur yang ringkas seperti ayat atau istilah yang klise tetapi pembaca masih memahaminya. Ketujuh, dapat dibaca dan difahami. Walaupun struktur ayat ringkas tetapi penting bagi memastikan apa yang ditulis itu difahami oleh pembaca. Kelapan, dapat berkomunikasi dengan pembaca. Penulis boleh meletakkan ruang komen di bahagian paling bawah penulisan. Hal ini kerana dapat memberi peluang untuk penulis dan pembaca untuk berkomunikasi. Seterusnya ialah masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda. Tujuannya adalah untuk memberi tauladan ataupun galakkan kepada pembaca Akhir sekali ialah berilmu untuk penulisan pendidikan. Apa-apa sahaja cerita yang ditulis di dalam blog adalah dianggap ilmu baharu.


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019- KETIKA DAN KALIMAT

Alhamdulillah syukur terima kasih Allah atas nikmat dan peluang yang kau berikan pada aku saat ini. Berbaki lagi seminggu sahaja lagi untu...