Saturday 19 October 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6

 

Hi Assalamualaikum..posting kali ini bebas jadi saya pun tak tahu nak kongsikan tentang apa..memandangkan minggu hadapan dah mula cuti mid sem saya dah mula terbayang-bayang menu apa yang saya nak masak bila di rumah nanti. Oleh itu, saya nak kongsikan sikit resipi 'Buttermilk chicken' masakan yang mudah tapi sedap. Pastinya kegemaran saya.

BAHAN-BAHAN


  • Ayam potong dadu (ikut suka banyak mana)
  • serbuk kari (ikut kuantiti ayam)
  • tepung gandum 
  • telur 1 biji
  • garam
  • daun kari
  • cili burung
  • butter (setengah)
  • susu cair
  • keju (tak kesah boleh keju keping atau keju petak)
  • bawang besar
  • bawang putih
CARA PERAP AYAM

Ayam yang dipotong dadu tadi gaulkan bersama tepung gandum, serbuk kari sedikit, telur dan masukkan garam dalam secubit dua untuk bagi rasa sedikit. Gaul rata dan biarkan ayam tadi dalam 30 minit kemudian boleh la goreng.

CARA MASAK KUAH

Senang je nak masak kuahnya. Pertama panaskan kuali dan masukkan butter tadi biarkan cair kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih yang sudah dicincang halus dan biarkan sehingga naik bau. Kemudian, masukkan susu cair lebih kurang setengah tin dan masukkan keju untuk buat kuah rasa lebih lemak. Akhir sekali masukkan daun kari dan cili burung yang dipotong kecil. Ikut tekak masing-masing jika anda suka pedas seperti saya letakkan la cili tu lebih barulah terangkat bila makan. Hehe. Oh, jangan lupa letakkan garam secukup rasa ikut tekak anda ya.

Baiklah itu sajalah perkongsian saya kali ini. Tak ada alasan kata tak reti masak ya sebab sangat mudah dan senang. Selamat Mencuba!


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019- KETIKA DAN KALIMAT

Alhamdulillah syukur terima kasih Allah atas nikmat dan peluang yang kau berikan pada aku saat ini. Berbaki lagi seminggu sahaja lagi untu...