Seterusnya adalah gambar Long Shot bagi 3 gambar pemandangan dan 3 gambar pemandangan dan manusia. Long shot adalah gambar yang diambil dari jarak jauh yang memperlihatkan fokus pemandangan di belakangnya namun masih mengikut 'rules of grid'. contohnya gambar seperti dibawah ya;
Long shot pemandangan dan manusia 1
Masih kelihatan pemandangan di belakang dan sekitarnya namun kelihatan manusia berjalan di lorong tersebut. Gambar ini juga seimbang kerana dibahagian kanan penuh dengan pokok manakala bahagian kiri berat dengan kehadiran manusia.
Long shot pemandangan dan manusia 2
Masih kelihatan pemandangan di kawasan bandar bersama kehadiran manusia di tengahnya. Diambil menggunakan kaedah long shot manusia yang besar juga pasti akan kelihatan kecil. Gambar ini juga seimbang dengan kehadiran bangunan yang sama tinggi di sebelah kiri dan kanan dan di tengahnya ada manusia.
Long shot pemandangan dan manusia 3
Pemandangan di sebuah taman di sekelilingnya mempunyai pokok-pokok dan ada kehadiran manusia dari jarak yang jauh. gambar ini juga seimbang kerana bahagian kiri lebih banyak pokok kelihatan dan bahagian kanan ada dinding batu dan manusia yang berdiri lebih ke arah kanan.
Long shot pemandangan 1: Putrajaya
Okay, gambar ini diambil mengikut kaedah long shot. fokus pemandangan dibelakang adalah bangunan perdana menteri. Nampak kecil saja bangunan tersebut dalam gambar long shot ini. Gambar ini seimbang dari sudut kiri dan kanannya mempunyai bangunan yang sama tinggi dan hanya Bangunan Perdana Menteri sahaja yang menjadi fokus ditengah.
Long shot pemandangan 2: Taman Saujana Putrajaya
pemandangan di taman yang menghijau dan fokus utamanya sebuah bangunan di tengah-tengah. gambar ini seimbang kerana dibahagian kanan ada awan yang banyak dan dibahagian kiri hadapan ada pokok yang berwarna hijau muda dan fokusnya dalah pemandangan sebuah bangunan di taman.
Long shot pemandangan 3: Taman Saujana Putrajaya
pemandangan dari arah lorong yang menuju ke depan dan kelihatan di hujungnya ada sebuah bangunana. Masih mengikut 'rules of grid' iaitu gambar ini seimbang dibahagian kiri berat dengan awan manakala dibahagian kanan berat dengan pokok-pokok dan fokus utamanya banguanan dihadapan. Cantik bukan pemandangan ni?
No comments:
Post a Comment