Saturday, 19 October 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6

 

Hi Assalamualaikum..posting kali ini bebas jadi saya pun tak tahu nak kongsikan tentang apa..memandangkan minggu hadapan dah mula cuti mid sem saya dah mula terbayang-bayang menu apa yang saya nak masak bila di rumah nanti. Oleh itu, saya nak kongsikan sikit resipi 'Buttermilk chicken' masakan yang mudah tapi sedap. Pastinya kegemaran saya.

BAHAN-BAHAN


  • Ayam potong dadu (ikut suka banyak mana)
  • serbuk kari (ikut kuantiti ayam)
  • tepung gandum 
  • telur 1 biji
  • garam
  • daun kari
  • cili burung
  • butter (setengah)
  • susu cair
  • keju (tak kesah boleh keju keping atau keju petak)
  • bawang besar
  • bawang putih
CARA PERAP AYAM

Ayam yang dipotong dadu tadi gaulkan bersama tepung gandum, serbuk kari sedikit, telur dan masukkan garam dalam secubit dua untuk bagi rasa sedikit. Gaul rata dan biarkan ayam tadi dalam 30 minit kemudian boleh la goreng.

CARA MASAK KUAH

Senang je nak masak kuahnya. Pertama panaskan kuali dan masukkan butter tadi biarkan cair kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih yang sudah dicincang halus dan biarkan sehingga naik bau. Kemudian, masukkan susu cair lebih kurang setengah tin dan masukkan keju untuk buat kuah rasa lebih lemak. Akhir sekali masukkan daun kari dan cili burung yang dipotong kecil. Ikut tekak masing-masing jika anda suka pedas seperti saya letakkan la cili tu lebih barulah terangkat bila makan. Hehe. Oh, jangan lupa letakkan garam secukup rasa ikut tekak anda ya.

Baiklah itu sajalah perkongsian saya kali ini. Tak ada alasan kata tak reti masak ya sebab sangat mudah dan senang. Selamat Mencuba!


Monday, 7 October 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa



Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak. Terdapat banyak fungsi blog iaitu sebagai kegunaan peribadi, jurnal, mempromosikan perniagaan dan mengiklankan produk. Selain itu, blog juga dikategorikan laman web yang mesra pengguna kerana boleh dikemas kini oleh pemiliknya pada bila-bila masa sahaja. Blog juga membolehkan komunikasi dijalankan iaitu dengan cara pengguna berinteraksi dengan pemilik blog dan pemilik blog juga boleh berinteraksi dengan pengguna. Selain itu, pelajar universiti boleh menggunakan blog bagi tujuan penulisan. Pelajar boleh mengembangkan bakat mereka dalam bentuk penulisan akademik mahupun penulisan kreatif.

Seterusnya, Normaliza Abd Rahim (2014), ada menyenaraikan 10 cara penulisan blog dengan baik. Antaranya ialah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Kedua, cerita yang menarik yang dapat menarik hati pembaca. Bukan sahaja tajuk memainkan peranan penting, malahan cerita bagi sesebuah penulisan itu juga haruslah menarik. Ketiga, memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Ayat yang humor diletakkan supaya penulisan lebih santai dan dapat menghiburkan pembaca. Keempat, memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Pentingnya hujah ini adalah untuk menguatkan lagi isi cerita yang ditulis. Kelima, kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Pembaca lebih gemar dengan apa-apa sahaja yang berkaitan berita terkini. Keenam, gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Blog akan dibaca menggunakan komputer mahupun telefon pintar. Oleh itu, gunakan perkataan dan struktur yang ringkas seperti ayat atau istilah yang klise tetapi pembaca masih memahaminya. Ketujuh, dapat dibaca dan difahami. Walaupun struktur ayat ringkas tetapi penting bagi memastikan apa yang ditulis itu difahami oleh pembaca. Kelapan, dapat berkomunikasi dengan pembaca. Penulis boleh meletakkan ruang komen di bahagian paling bawah penulisan. Hal ini kerana dapat memberi peluang untuk penulis dan pembaca untuk berkomunikasi. Seterusnya ialah masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda. Tujuannya adalah untuk memberi tauladan ataupun galakkan kepada pembaca Akhir sekali ialah berilmu untuk penulisan pendidikan. Apa-apa sahaja cerita yang ditulis di dalam blog adalah dianggap ilmu baharu.


Tuesday, 1 October 2019

BBM3410Satu2019: Birds Eyes View (Belalang Production)


Akhir sekali, ialah kaedah Birds Eyes View. Kaedah ini adalah gambar di ambil dari bahagian atas atau tinggi. Di ibaratkan seperti pandangan mata buruk yang sedang terbang lalu melihat ke bawah. Contohnya seperti di bawah;

Birds Eyes View 1: Pandangan dari tingkat atas IOI Shopping Mall


Birds Eyes View 2: Pandangan dari tingkat 5 Blok P3 Kolej 12

Birds Eyes View 3: Pandangan dari atas Menara Tinjau Wetland Putrajaya




BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Belalang Production)


Berikut adalah gambar yang menggunakan kaedah over the shoulder. Gambar mestilah di ambil daripada belakang bahu seseorang. Gambar yang di ambil juga mestilah mengikut asas grafik 'rules of grid' 

Over the shoulder 1: Suziela

Over the shoulder 2: Ainul


Over the shoulder 3: Afifah




BBM3410Satu2019: Mug Shot (Belalang Production)

Baiklah, yang seterusnya adalah gambar Mug Shot. Mug shot adalah gambar yang di ambil seperti gambar banduan yang di ambil di penjara. Mug shot mestilah gambar wajah dari kepala hingga ke bahu dan di atas kepala mestilah ada sedikit ruang. Latar belakang gambar juga haruslah kosong. Selain itu, gambar Mug shot juga boleh diibaratkan gambar passport. Dalam setiap gambar mereka ada emosi yang berbeza. Contonya seperti di bawah: 

Mug shot  Hadapan Firdaus: Kecewa

Dalam gambar ini dari matanya kelihatan jelas kekecewaan. Riak wajahnya seperti tiada harapan untuk teruskan kehidupan dan berputus asa.

Mug shot sisi Firdaus

Mug shot separa sisi Firdaus

Mug shot hadapan Iqbal: Marah

Kelihatan emosi marahnya yang membara-bara dari matanya. Kemungkinan seperti penjenayah yang marah polis menangkapnya masuk ke penjara.

Mug shot sisi Iqbal

Mug shot separa sisi Iqbal

Mug shot hadapan Qiu: Sedih

Dari gambar ini jelas kelihatan wajah gadis ini sedang menangis kesedihan. Matanya yang sayu dan bergelinangan air mata menunjukkan emosinya.


Mug shot sisi Qiu

Mug shot separa sisi Qiu

BBM3410Satu2019: Medium Shot 3 Manusia dan 3 Pemandangan dan Manusia (Belalang Production)


Kali ini gambar Medium Shot bagi 3 gambar manusia dan 3 gambar pemandangan dan masusia. beza medium shot dengan long shot ialah medium shot ini gambar yang diambil dengan jarak yang lebih dekat. Contoh gambar adalah seperti dibawah: 


Medium shot manusia 1: Malu

Gambar ini juga diambil dari paras pingang dan si gadis kelihatan seperti tersipu-sipu malu sambil mata tertutup. 



Medium shot manusia 2: Bersahaja

Dua gadis ini kelihatan bersahaja dan gambar diambil dari paras lutut. 

Medium shot manusia 3: Gembira

Jelas kelihatan senyum dibibir Golif dan gambar ini diambil dari paras pinggang. Kedudukan gambar manusia adalah stabil iaitu di tengah dan kiri dan kanannya adalah bangunan yang sama tinggi. Menarik!


                           
Medium shot pemandangan dan manusia 1: Ceria

Kelihatan 3 jejaka kacak ini ceria apabila bergambar bersama. Gambar di ambil dari paras pingang namun masih kelihatan pemandangan tasik dan jambatan di belakang. 


Medium shot pemandangan dan manusia 2: Gembira

Si gadis kelihatan tersenyum gembira menikmati pemandangan yang indah. Gambar diambil dari jarak yang serdahana masih kelihatan manusia dan pemandangan di belakangnya. 

Medium shot pemandangan dan manusia 3: Riang

Begitu juga si gadis manis ini kelihatan riang bergambar. Gambar di ambil dari jarak serdahana yang masih jelas kelihatan keriangan manusia ini dan masih kelihatan pemandangan bangunan di belakang. 

                                   

BBM3410Satu2019: Long Shot 3 Pemandangan dan Manusia dan 3 Pemandangan ( Belalang Production)


BBM3410Satu2019: Close-Up (Belalang Production)


ASSALAMUALAIKUM..Post kali ini adalah mengenai asas grafik bagi gambar close-up. Gambar close-up adalah gambar yang diambil dari hujung kepala hingga ke bahu ataupun gambar objek yang diambil pada jarak yang dekat. Berikut merupakan contoh gambar close-up;


Close-Up Menggoda

AWAS! Jangan tergoda selepas melihat gambar close-up Hakimah

Close-Up Senyum Menawan

Ini gambar close-up Atikah. Jelas sekali senyumnya menawan. Jangan termimpi pula lepas tengok gambar ini..hehe

Close-Up Sinis

Nampak tak sinisnya disitu apabila Fatin memberi jelingan dan senyum yang agak sinis

Close-Up Bunga Kuning

Kelihatan masih ada air embun pagi dikelopak bunga tersebut..Kalau tak nampak boleh zoom 

Close-Up Makanan

Yummyy..gambar close-up ayam dari Restoran Hanbing pasti buat orang berasa lapar

Close-Up Gelang

Nampak lebih menarik bukan apabila melihat gambar gelang dengan lebih dekat..Terserlah seni kehalusan gelang tersebut.



BBM3410Satu2019- KETIKA DAN KALIMAT

Alhamdulillah syukur terima kasih Allah atas nikmat dan peluang yang kau berikan pada aku saat ini. Berbaki lagi seminggu sahaja lagi untu...