Monday 25 November 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim(2019)



Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi

Secara keseluruhan buku ini mengandungi 7 bab. Tajuk pertama ialah Kajian Wacana. Wacana merupakan bahasa daripada individu atau kumpulan dalam bentuk ujaran, interaksi, teks dan tulisan. Wacana haruslah diteliti supaya pembaca lebih memahami apa yang ingin sampaikan. Seterusnya pada bab 2 pula bertajuk Teori Dan Pendekatan Wacana. Terdapat beberapa teori dan pendekatan wacana yang diperkenalkan oleh pakar-pakar wacana antaranya ialah Teori Analisis Wacana Brown & Yule (1983), Teori Analisis Wacana STUBBS (1983), Teori Analisis Wacana Kritis (Vandijk, 1977), Pendekatan Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018b) dan Teori Analisis Wacana (Normaliza Abd Rahim, 2018d). Selain itu, tajuk dalam bab 3 pula ialah Analisis Wacana Tekstual Dan Ujaran. Dalam bab ini kajian analisis wacana meliputi tiga kajian iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu, tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kanak-kanak autism. Tajuk bab 4 pula ialah Strategi Komunikasi. Strategi komunikasi digunakan sebagai percubaan sistemik oleh pelajar untuk memcahkan kod dalam bahasa sasaran dalam situasi ketika peraturan sistemik bahasa sasaran belum digunakan.
Seterusnya, pada bab 5 pula bertajuk Taksonomi Dan Pendekatan Strategi Komunikasi. Terdapat lima elemen dalam strategi komunikasi iaitu pengelakan, parafrasa, pemindahan secara sedar, meminta petolongan dan mimikan. Dalam bab 6 pula, bertajuk Analisis Strategi Komunikasi Dalam Kalangan Kanak-Kanak. Dalam bab ini satu kajian telah dijalankan dengan menggunakan 16 Strategi Komunikasi iaitu, singkatan, perkataan baharu tiada makna, penafiaan, persoalan, pengulangan, perujukan, pembetulan kendiri, topik berlainan, celahan, penangguhan, terjemahan literal, pertukaran bahasa, imaginasi, kesopanan, parafrasa dan meminta pertolongan. Akhir sekali ialah bab 7 iaitu cadangan kajian akan datang. Terdapat 3 jenis kajian cadangan yang iaitu bahasa isyarat, bahan bercetak, bahan elektronik dan media sosial. Terdapat implikasi yang diperoleh dari buku ini iaitu memperkenalkan kepada pembaca mengenai teori analisis wacana yang boleh digunakan dalam kajian serta pemilihan teori yang bersesuaian supaya kajian yang dihasilkan dapat memberi manfaat kepada pembaca.

HARGA BUKU: RM 20.00

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana Dan Strategi Komunikasi Teori Dan Aplikasi,     
       Terengganu: Penerbit UMT

  

posting di Instagram

 

posting di Facebook





Sunday 3 November 2019

BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 6 (FLAT LAY INDIVIDU)

Assalamualaikum semua. Kalini aku share sedikit ilmu fotografi yang aku dah belajar dari kelas Prof. Kali ni tugasan buat flat lay makanan. Ada 4 cara gambar flat lay diambil iaitu 90 darjah, 45 darjah, 15 darjah dan 0 darjah. Jadinya sepanjang cuti midsem ni kerja kami sebelum makan wajib ye tangkap gambar..Hehe..Jemputlah tengok menu-menu sepanjang cuti midsem yang lepas.😎

BBM3410Satu2019- KETIKA DAN KALIMAT

Alhamdulillah syukur terima kasih Allah atas nikmat dan peluang yang kau berikan pada aku saat ini. Berbaki lagi seminggu sahaja lagi untu...