Sunday, 15 December 2019

BBM3410Satu2019- KETIKA DAN KALIMAT


Alhamdulillah syukur terima kasih Allah atas nikmat dan peluang yang kau berikan pada aku saat ini. Berbaki lagi seminggu sahaja lagi untuk aku merasa saat-saat terakhir sebagai pelajar. Bila difikirkan semula macam tak percaya aku dah pergi sejauh ini dan aku percaya Allah dah susun setiap cerita dalam hidup aku sebaik baiknya. Bermulanya semester ini aku diwajibkan mengambil kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa yang ditakut-takutkan selama ni. Takut kerana yang mengajarnya Prof. dan takut sebab kerjanya sentiasa banyak setiap minggu..Tapi..sebaliknya. Sekarang aku akui yang kata-kata Prof selama 13 minggu ni adalah betul iaitu kena Redha buat kerja dan akhirnya nanti akan rasa nikmatnya. Ye, betul tu Prof.



Pada awal kelas dulu kami telah membentuk satu kumpulan yang ahlinya seramai 11 orang. Kemudian kami berikan nama kumpulan ini Belalang Production. Kenapa Belalang? Sebab belalang tu sifatnya melompat-lompat dan aku andaikan yang melompat-lompat itu adalah idea yang sentiasa cergas melompat fikirkan apa yang menarik untuk setiap tugas yang bakal kami lakukan. Bermulanya dari video pertama sehingga video ke lima belas Alhamdulillah semuanya selesai dengan jayanya. Boleh aku katakan semua video kumpulan kami boleh tahan menariknya.



Terlalu banyak perkara yang tak boleh dilupakan sepanjang semester ni. Semester inilah aku banyak kenal ragam manusia yang boleh aku katakan wow begitu..banyak kenangan pahit manis sepanjang menjalankan tugas-tugas yang diberikan oleh Prof. kami berpanas berhujan semata-mata nak hasilkan tugas yang terbaik. Antara kenangan manis yang akan dikenang ialah pengalaman menghasilkan video yang pelbagai. Dapat ilmu dan pengalaman baru tu sangat seronok sebab sebelum ni tiada peluang dan ruang untuk ke bidang multimedia ni. Yela orang kata belajar bahasa mana ada kena mengena dengan multimedia..siapa yang kata? Boleh je sebenarnya. Dulu yang tak pernah-pernah menari, berlakon kini terpaksa berlakon dan menari..boleh aku katakan wow juga begitu..hehe




Terlalu banyak nak diluahkan dan dikongsikan tapi rasanya cukuplah sekadar ianya disimpan di dalam ingatan. Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim diatas ilmu yang dicurahkan..terima kasih beri kami peluang ini. Untuk En Akmal Rosli, saya ucapkan terima kasih kerana banyak membantu kami sepanjang kelas amali dijalankan..Fries En Akmal akan menjadi sebahagian kenangan semester terakhir saya. Khas untuk rakan Belalangku..terima kasih atas segala kerjasama kalian. Untuk Iqbal dan Afifah, terima kasih kerana selalu menjadi abang dan kakak Grabcar kami sepanjang menjalankan tugas diluar kawasan. Untuk Hakimah Saidi, terima kasih kerana selalu berkorban bersengkang mata untuk Belalang Production..Untuk Qiu Amira, terima kasih kerana menjadi ketua yang sentiasa mengawal keadaan..dan untuk rakan belalang yang lain juga aku ucapkan terima kasih. Semoga Belalang Production akan kekal dalam ingatan kita semua.





posting di Facebook


Jangan segan silu..jemputlah baca ketika dan kalimat dari saya di Facebook Atik Rahmat😘




BBM3410SATU- KALENDER 2020

Assalamualaikum semua..Cuma nak beritahu yang kalender 2020 hasil tangan sendiri dah siap. Alhamdulillah sukanya bila dapat tengok sendiri apa yang kita usahakan selama ni sampai lewat tidur semata-mata nak siapkan kalender ni akhirnya siap dengan sempurna. Terima kasih Sri Serdang Printing atas perkhidmatan yang memuaskan.👍😊



Kalender 2020 oleh Atikah Rahmat😍


Si pemilik yang manis bersama kalendernya. (muka depan)


 Januari 2020


Februari 2020


Mac 2020


April 2020


Mei 2020


Jun 2020


Julai 2020


Ogos 2020


September 2020


Oktober 2020


November 2020


Disember 2020



Akhir sekali, keluarga Belalang bersama-sama dengan kalender milik masing-masing..Babgga rasanya ada kalender muka sendiri..hehehe😎


BBM3410SATU- (VLOG MAKANAN)



Assalamualaikum..Entry kali ini tentang vlog makanan yang dilakukan secara berpasangan iaitu bersama Qiu Amira..Kami telah memilih 'Cendol Specialist' yang terletak di Alamanda Putrajaya..ni kiranya macam food review laaa arr gituuuu..Video yang diambil adalah secara one shot tanpa diedit. Jadi jom la layan video ni kalau nak tahu menu apa je yang ada di kedai ni..nampak macam sedap je😋

BBM3410SATU- VIDEO 15 (One Shot Three Layer- SAYA TAHU)

Alhamdulillah terima kasih Allah..entry kali ini merupakan post video yang terakhir yang kami lakukan untuk semester akhir ini..Kali ini kami diberi tugasan untuk membuat video one shot three layer dengan menggunakan lagu yang bertajuk Saya Tahu. Selepas anda mendengar dan menonton video ini anda boleh la terjemahkan sendiri apa sebenarnya kaitan budak yang menyanyi tu dengan ibu bapa yang dibelakang tu? Nak tahu apa kisah sebenarnya..jangan lupa view dan like banyak-banyak okay..semoga terhibur😊


BBM3410SATU- VIDEO 14 (TRAGEDI DAN SERAM)


Hmm..nak pesan ni..jangan tengok malam-malam tau takut nanti nak terkencing tak berani pulak nak pergi tandas😨. Tak tahu la bagi pendapat anda semua sama ada video kami ni cukup seram ke tidak..tapi percayalah memang ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku semasa proses menyiapkan video ini. Alhamdulillah semuanya masih selamat dan dibawah lindungan Allah s.w.t. Suatu perkara yang menarik dan tidak mungkin dapat dilupakan semasa pembikinan video ini. Terima kasih kepada semua rakan-rakan belalang saya.😊

BBM3410SATU- MINGGU 9 KELAS AMALI

Ringkasan bab 4 sudah..kali ini ringkasan bab 5 pula iaitu Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi..Kalau nak tahu marilah baca ringkasan ni di facebook Atik Rahmat 😉




Rasa macam putus asa nak belajar? Haa bacalah kata-kata motivasi yang tak seberapa ni..🙈



BBM3410SATU- MINGGU 8 KELAS AMALI



Kelas amali minggu ni ditugaskan untuk membuat ringkasan bab 4 (strategi komunikasi) yang terdapat dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kemudian post di Facebook

tugas seterusnya ialah kongsikan cerita menarik saya setiap hari dalam buku Boom with Social Media


Lagi..Jom berpantun dan berbalas pantun dalam Facebook😅😁


 



BBM3410Satu2019- KETIKA DAN KALIMAT

Alhamdulillah syukur terima kasih Allah atas nikmat dan peluang yang kau berikan pada aku saat ini. Berbaki lagi seminggu sahaja lagi untu...